Sambut Pesta Kaamatan 2026 bersama Burger King dengan penuh keseronokan dan peluang menang hadiah menarik!
Sepanjang bulan Mei, berbelanja minimum RM35 dan anda berpeluang memenangi hadiah menarik melalui Pesta Menuai The Weekly Series. Setiap minggu, 10 pemenang akan membawa pulang RM50 Burger King Gift Voucher!
Nikmati Kongsi Bundle edisi Kaamatan yang istimewa bersama keluarga atau rakan-rakan. Setiap pembelian Kongsi Bundle akan memberikan anda Sticker Edisi Terhad Kaamatan. Kumpul kesemua 8 rekaan sticker yang menarik untuk peluang menang hadiah-hadiah eksklusif, termasuk Crown Kaamatan!
Mari raikan kemeriahan Kaamatan bersama kami di Burger King Benoni! Pelbagai aktiviti menarik menanti kamu seperti cabutan bertuah, sesi Open Mic, Kids Burger Workshop, dan banyak lagi. Bukan itu sahaj, kita juga akan mengadakan Grand Live Viewing Unduk Ngadau Khas buat semua yang hadir samabil menikmati FREE flow drinks.
Sama ada anda datang bersama keluarga, rakan-rakan atau komuniti, ini adalah tempat terbaik untuk meraikan semangat Mongomot Pisompuruon, Mamaramai Piunungan sambil menikmati makanan kegemaran anda.
Tarikh: 30 & 31 Mei 2026 (Sabtu & Ahad) Tempat: Burger King Benoni, Kota Kinabalu, Sabah.
Sertai kami di Burger King Benoni untuk dua aktiviti kanak-kanak yang menyeronokkan sempena Grand Celebration Kaamatan! Pada 30 Mei 2026 (Sabtu) dari 4:00 PTG – 5:00 PTG, kanak-kanak berumur 5–12 tahun boleh menyertai Kids Burger Workshop, di mana mereka akan belajar tentang bahan-bahan burger, menyusun burger mereka sendiri dan berkreativiti dengan topping — setiap mini chef akan menerima sijil penyertaan istimewa!
Pada 31 Mei 2026 (Ahad) dari 2:00 PTG – 3:00 PTG, kanak-kanak boleh menyertai Peraduan Mewarna bersama Burger King. Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan, manakala 3 pemenang terbaik akan membawa pulang hadiah menarik. Kedua-dua aktiviti ini sangat sesuai untuk si kecil menikmati sambutan Kaamatan yang penuh kenangan bersama Burger King!
Pertandingan Mewarna: https://forms.gle/ur8U2ANHRhXNkXRe6
Kids Burger Workshop: https://forms.gle/45tMRvAh2mMGjn4E8